Tuesday, November 19, 2013

Aktiviti Radio Amatur Jambori Antarabangsa Johor Ke 25, 2013



Pasukan Kelana Komunikasi Negeri Johor telah diberikan tugasan bagi menjalankan aktiviti Radio Amatur semasa Jambori Antarabangsa Johor ke 25 tahun 2013. Encik Den Bin Atan sebagai Station Master dan Encik Jayakanthan M. Lachmanan 9W2BUG sebagai coordinator serta dibantu oleh rakan rakan Radio Amatur. Encik Zaki Bin Din 9M2ZAK sebagai operator bagi mengendalikan Event Station 9M4JIJ.

Di antara aktiviti Radio Amatur adalah Foxhunting, Phonetic Alphabet Code dan DX’ing.
Peserta berpeluang menggunakan VHF Simplex mode dan mempelajari cara cara QSO menggunakan peralatan yang sedia ada.

Walaupun suasana perkhemahan di tempat baru ini berbeza dan berbagai masalah yang di adukan oleh peserta peserta dari luar Negara kepada saya dan ternyata mereka lebih menyukai JIJ yang diadakan di Tanjung Labuh sebelum ini.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan rakan Radio Amatur dan Petugas (Helpers) yang telah memberikan kerjasama serta menjalankan tanggungjawab sepanjang aktiviti tersebut. Keceriaan mereka terpapar apabila majlis sambutan Ulang Tahun Kelahiran saya 9M2DA diadakan pada 18 November malam dengan jamuan makan malam seolah olah meraikan bersama JIJ.






























0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home